The Good Riders: Kempen MotoCheck

 

Kuasakan enjin anda, Bikers!

Berjaya Sompo Insurance dengan iMotorbike berkerjasama dalam satu misi CSR — Kempen The Good Riders: MotoCheck. Kempen ini bertujuan untuk memastikan motosikal anda berada dalam keadaan terbaik untuk penunggangan yang lebih selamat. Sertai dan meriahkan misi ini dengan langkah mudah berikut:

  1. Muat turun aplikasi MySOMPO
  2. Lengkapkan pendaftaran di aplikasi MySOMPO
  3. Lengkapkan borang penyertaaan untuk perolehi baucar RM50 di aplikasi MySOMPO

Tunggu apa lagi! Anda berpeluang menerima baucar RM50 untuk penukaran minyak enjin dan pemeriksaan motosikal!


Pada 2023, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mencatat 6,344 kematian akibat kemalangan jalan raya. Kira-kira 63% daripada yang terkorban ini melibatkan motosikal. Dalam usaha menangani perkara ini, Berjaya Sompo telah melancarkan kempen The Good Riders: MotoCheck yang bertujuan untuk mengurangkan kemalangan motosikal melalui penyelenggaraan yang sewajarnya dan amalan menunggang secara selamat.


The Good Riders adalah sebahagian daripada inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Berjaya Sompo yang lebih luas, iaitu The Good Policy. Inisiatif ini menekankan komitmen syarikat terhadap keselamatan jalan raya dan bertujuan membawa perubahan positif ke arah Malaysia yang lebih selamat dan mampan.

*Baca terma dan syarat penuh di sini.

 

Tunggu apa lagi, sertai sekarang!

Sertai kami sekarang dalam mempromosikan penyelenggaraan motosikal untuk penunggangan yang lebih selamat dan rebut peluang untuk mendapatkan pemeriksaan motosikal dan penukaran minyak enjin secara PERCUMA.

1 Julai hingga 15 Oktober 2024

1 Ogos – 31 Oktober 2024, 9 pagi – 10 pagi, Isnin – Ahad (tidak termasuk Cuti Umum)

iMotorbike HQ, Glenmarie - 12, Jln Perpustakawan U1/62, Kawasan Perindustrian Temasya, 40150 Shah Alam, Selangor. 


*Penapis minyak tidak termasuk dalam kempen ini. Para peserta boleh membawa penapis minyak mereka sendiri atau membelinya di iMotorbike. Semua kos dan perbelanjaan berkaitan yang ditanggung untuk menyertai Kempen dan untuk menebus baucar adalah tanggungjawab sepenuhnya Peserta.
 

RM50 (Untuk penukaran minyak enjin dan pemeriksaan motosikal sahaja, kos tambahan akan ditanggung oleh peserta).


*Untuk menebus baucar di iMotorbike, peserta mesti menunjukkan Kad Pengenalan dan lesen memandu, nombor kenderaan berdaftar (seperti dalam borang yang diserahkan), serta pengesahan e-mel rasmi daripada Berjaya Sompo di marketing@bsompo.com.my semasa tempoh penebusan.
 

  • Muat turun dan daftar untuk aplikasi MySOMPO melalui Google Play Store atau Apple App Store. Isi borang di aplikasi MySOMPO untuk mengambil bahagian. 
  • Nantikan pengesahan e-mel daripada Berjaya Sompo Insurance di marketing@bsompo.com.my untuk mengetahui kelayakan anda.
  • Eksklusif untuk 250 peserta sahaja mengikut dasar tiba dahulu, layan dahulu. Setiap peserta yang memenuhi syarat boleh menebus hanya SATU (1) baucar setiap peserta bagi setiap kenderaan sahaja.
     

Sumber Inspirasi dan Bahan Bacaan

Man

5 Punca Ini Kalau Tak Jaga, Motor Boleh Kena Major Problem!

Ramai antara kita yang beria untuk memiliki motosikal tapi ramai yang kurang arif dalam asas penjagaan motosikal. Motosikal adalah satu kenderaan, dan seperti kereta ia memerlukan perhatian yang sama bagi mengelak motosikal anda dari menghadapi masalah yang serius di kemudian hari. Ketahui 5 punca dan cara elak major problem untuk motosikal anda. 

Yulina

Ratu Motosikal Malaysia, Pencetus Semangat Dalam Dunia Motosikal Malaysia.

Sebagai seorang wanita dalam industri yang didominasi oleh lelaki, Yulina memperjuangkan cintanya kepada motorsikal dengan keberanian dan ketabahan yang luar biasa. Beliau telah menarik perhatian ramai dengan kemahiran pemanduannya yang hebat dan semangatnya yang tidak padam. Perkenalan kami dengan Yulina telah menghasilkan satu kerjasama bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya bermotosikal secara berhemah dan selamat. 

Riding

Cara Membonceng Yang Betul!

Kebanyakan pembonceng tidak tahu cara betul bila membonceng motosikal sehingga boleh membahayakan penunggang motosikal dan pembonceng itu sendir. Cara membonceng yang betul amat penting bagi mengimbangi berat motosikal untuk pergerakan yang lebih selamat dan selesa. Sebagai pembonceng, perlu ambil tahu cara-cara membonceng yang betul. 

Personaliti pengguna motosikal

Personaliti Untuk Penunggang Kapcai, Supermoped, Superbike & Skuter!

Kenali ciri-ciri dan personaliti pengguna motosikal berdasarkan jenis motosikal yang mereka tunggang. Tak sangka personaliti mereka yang menggunakan Vespa/Skuter ini lebih menarik dari mereka yang sukakan motosikal berkuasa tinggi. Jom! Kita rungkai personaliti pengguna motosikal untuk memahami dengan lebih mendalam. 

Banner

Mat Rempit, Bukan Fenomena Baru!

Mat Rempit, sebuah fenomena yang sering kali menimbulkan kontroversi dan kebimbangan dalam masyarakat. Mereka dikenal sebagai golongan pemuda yang gemar menunggang motosikal dengan kelajuan tinggi, seringkali melanggar undang-undang jalan raya dan mengganggu ketenteraman awam. Fahami siapa dan keperluan mereka.

Terma & Syarat

File Name
Download