Parah! Ramai Dah Kena Scam Sebab Tak Boleh Check Sendiri 5 Masalah Motor INI!
Memang menyerabutkan kepala ya kalau motor nak rosak sebelum waktu dia! Mungkin ada yang disebabkan pengabaian tempoh servis tak pun disebabkan komponen wear & tear yang dah kaput dan perlu ditukar.
Nak hantar ke bengkel tak ada masalah tapi yang memeningkan kepala adalah kalau tiba-tiba ditunjuknya masalah-masalah lain yang sebenarnya Okay lagi. Dapat pulak bengkel yang tak berapa pakar dan korang sejenis lurus yang ikut je apa pomen cakap haa mau luka poket korang tu nanti!
Jadi, ini beberapa masalah yang boleh korang kesan awal-awal untuk elakkan masalah-masalah macam kat bawah ni!
Masalah Pada Enjin
Inilah isu yang paling menakutkan kalau terjadi. Sebabnya, kalau terkena pada waktu yang kurang sesuai, memang lobos poket dan dompet korang! Kalau tanda-tanda ini terjadi;
- Motor keluar asap putih
- Minyak hitam berkurang
- Tersengguk-sengguk
- Enjin tak ada power
- Mileage dah lebih 75,000km!
Ini memang dah sampai masa untuk servis top overhaul ataupun full overhaul! Kalau dah keluar tanda ini dan korang tak mahir bab enjin, teruslah bawa pergi ke bengkel!
Dia yang jadi isu adalah kos overhaul/top overhaul agak tinggi berbanding servis dan penukaran parts motor yang lain. Top overhaul mungkin mampu lagi tapi jangan sampai tertipu kalau tiba-tiba pomen suruh buat top / full overhaul untuk masalah yang tak munasabah macam minyak bocor la, motor tak boleh start lah walaupun korang tak kesan apa-apa masalah pun dengan motor korang!
Masalah Pada Tayar/Suspension
Banyak kemalangan yang terjadi sebab tayar tak berfungsi dengan baik. Tayar botak, bunga tak makan dengan betul, rim kemik, dan paling hantu sekali adalah kebocoran pada tayar! Semua ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal kat tayar.
Apa masalah yang korang boleh kesan?
- Kalau motor sudah mula rasa kurang stabil bila melayan corner, tukar saja tayar baru. Takkan bunga dah tak ada pun masih nak kata pomen menipu kan?
- Kalau pam tak sampai 3 hari pancit balik, memang bocor dah tu. Boleh tampal guna cacing tayar kalau nak jimat kos. Periksa juga keadaan sport rim.. rim yang dah bengkok boleh jadi punca angin keluar.
- Kalau tayar tu bergerak-gerak bila digoyangkan atau handle bergegar teruk, tukar bearing yang baru!
- Handle bergoyang ke depan - ke belakang? Steering fork dah longgar!
- Motor tak stabil semasa layan corner atau melantun gila bila langgar bonggol dan garisan jalan? Pergi servis fork / tukar monoshock.. Boleh jadi berlaku kebocoran atau kecalaran jadi kena periksa keadaan fork / monoshock.
Masalah Pada Brek
Brek ni paling penting untuk memastikan keselamatan sewaktu menunggang. Jadi korang boleh periksa;
- Cengkaman brek depan dan belakang.
- Kalau yang guna brek dram, bila dah pijak tapi motor tak perlahan pun tu maknanya nak kena tukar lining brek dia.
- Untuk disc brake, kalau tarik brek tapi tak mencengkam, buat bleeding atau tukar terus brake pad.
- Kalau pijak brek dan keluar bunyi nyaring, itu bermakna lining dah senipis iman.. tukar terus lining brek korang!
- Lever brake depan longgar, banyak freeplay dan boleh ditarik habis walhal pad tebal lagi? Selak sikit getah kat lever brek dan tembak sikit WD-40 sampai lah dia keras dan kejung balik.
Masalah Overheating
Masalah enjin panas ni boleh berlaku dalam bermacam-macam situasi. Kalau enjin 2 stroke lain situasinya, kalau enjin 4 stroke dengan air cooled lain ceritanya, sama juga kalau motor dengan liquid cooled! Korang boleh periksa sama ada;
- Kipas radiator berpusing ke tak.
- Periksa semua hos, sensor dan waterpump.
- Ada sebarang leaking tak pada radiator atau Head blok?
- Minyak 2T dah isi ke belum atau dah bancuh siap.
Kalau dah periksa dan memang terdapat masalah, ajukan soalan korang tu untuk ditanya kat pomen nanti. Ye lah, dapat bengkel yang jenis tak tengok pun tapi cas macam-macam, kopak korang nanti!
Masalah Tak Boleh Start
Ada banyak benda yang korang boleh diagnose sendiri kalau motor tak boleh start. Kalau taknak buang duit sebab disuruhnya turunkan enjin, ini yang korang patut tahu;
- Tukar hand starter kalau korang tekan lepastu motor macam hidup segan mati tak mahu.
- Tukar starter relay bila hand starter tak mau hidup juga.
- Bateri pun kena selalu periksa; lagi mudah kalau korang ada voltmeter.
- Boleh jadi spark plug dan kabel spark plug dah kaput, jadi motor pun tak boleh nak dihidupkan.
Kesimpulan
Ada lagi ke tips yang patut korang tahu? Tak semua pomen tu nak ketuk korang tapi kalau dapat pomen yang jujur tu memang cukup-cukup bersyukur dah! Berhati-hati dalam sebarang urusan ya gais!
Sumber: ebidmotor.com