8 'Item' RUGI Kalau Tak Bawa, Khas Untuk Kaki Ride Long Distance!

Pada artikel ini, kami akan senaraikan item yang WAJIB kaki ride bawa untuk perjalanan jarak jauh korang! Barang-barang ni antara alatan & aksesori yang wajib dibawa! Mungkin tak ramai yang pandang remeh tapi sekali diperlukan, memang menyesal tak sudah!
Phone holder
Phone holder ni mungkin berguna buat rider yang perlu mencari route perjalanan; lagi-lagi kalau ride secara bersendirian. Dicadangkan beli yang jenis kalis air untuk memudahkan navigasi dalam situasi hujan dan sebagainya!
Intercom/Wireless bluetooth
Kalau ride berkumpulan, benda ni memang antara aksesori must-have untuk para rider. Kalau tak berkonvoi pun, korang boleh berbual-bual dengan pillion korang di belakang. Untuk yang takde sambungan intercom, korang beli yang ada sambungan bluetooth je so boleh lah ride sambil melayan perasaan!
Tunggu apa lagi, dapatkan maklumat lanjut SOMPO Motorcycle sekarang!
Kain lap-lap
Boleh lah bawa kain lap-lap ni untuk lap visor, lap motor ataupun untuk standby kalau nak lap apa-apa ke, Kadang-kadang nampak remeh, tapi dia lah paling dicari bila diperlukan. Tak pasal-pasal kena spend lagi RM2.50 cari tisu dekat RnR.
Kit cacing & pam tayar
Bila ride jauh-jauh ni, memang patut pun bawa cacing ni. Mana tahu kalau korang tengah high-speed tiba-tiba tayar termasuk paku 5 inci, haa jenuh nak bawak motor perlahan-lahan cari bengkel. Nak towing pun tak ada guna.
Alang-alang bawa cacing, jangan lupa bawa pam tayar kalau tak macam mana nak berjalan tayar tu!
Balaclava
Ride semasa cuaca panas berdenting ni memang memenatkan dan helmet confirm lencun! Sebab itulah lebih bagus kalau beli siap-siap balaclava atau pun headscarf demi keselamatan kepala korang. Helmet pun tak basah dengan peluh . DIa bila dah berpeluh, confirm helmet korang tu akan berbau.
Baju hujan
Bila dah hujan, pening nak tunggu reda. Kalau redah je, memang basah baju korang tu nanti! Ramai yang lebih gemar berhenti bawah jambatan daripada bawa baju hujan demi menjimatkan ruang.
Hand glove
Selain itu, glove juga amat penting untuk semua rider supaya dapat mencengkam handle motosikal dengan lebih kuat. Bila dah ride seharian, kadang-kadang tapak tangan pun akan haus jika tidak dialas.
Power bank
Power bank penting bagi rider yang mengharapkan handphone sebagai alat navigasi ataupun bila bosan-bosan korang sambunglah bluetooth untuk dengar lagu; memang habis bateri handphone tu nanti! Macam mana kalau berada dalam situasi kecemasan? Memang pishang!
Sumber: ebidmotor
Bahan bacaan lain yang anda mungkin berminat:
- 5 Punca Ini Kalau Tak Jaga, Motor Boleh Kena Major Problem!
- Cara Membonceng yang betul!
- Ratu Motosikal Malaysia, Pencetus Semangat Dalam Dunia Motosikal Malaysia
- Personaliti Untuk Penunggang Kapcai, Supermoped, Superbike & Skuter!
- 5 Perkara Kecil Ini Boleh Merosakkan Tayar Motor Anda!
Dapatkan perlindungan komprehensif dengan SOMPO Motorcycle!
Lindungi diri dan motosikal anda dengan produk komprehensif kami, SOMPO Motorcycle. Kita tidak dapat meramal kejadian yang tidak diingini seperti kerosakan motosikal, lebih-lebih lagi ketika bersama dengan orang tersayang. Dengan SOMPO Motorcycle, anda boleh menikmati perlindungan kemalangan diri sehingga RM5,000, bantuan kerosakan 24 jam tepi jalan dan khidmat tunda.

Perlindungan kemalangan diri untuk anda sehingga RM5,000

Bantuan kerosakan 24 jam di tepi jalan dan khidmat tunda (Sehingga 100km pergi balik)

Pengecualian untuk Ekses Wajib
