Cara Membonceng Yang Betul!

 

Kadangkala ada pembonceng yang berat badannya lebih tinggi akan risau adakah penunggang motosikal mampu tumpangkan mereka. Ye. Anda perlu risau jika anda di kategori gemuk/obes. Ini kerana pemboceng yang obes menyebabkan penunggang mudah kehilangan kestabilan dan kedua-dua  akan mudah terjatuh. Oleh sebab itu, anda sebagai pembonceng perlu pastikan penunggang dapat menahan berat badan anda.

Antara cara membonceng motosikal yang betul ialah:

1. Naik turun motor dengan betul


 

Pembonceng perlu memastikan penunggang telah di keadaan yang stabil sebelum membonceng. Ini supaya penunggang tidak akan kehilangan kestabilan semasa anda menaiki motosikal. Jika anda ialah pembonceng yang tidak berpengalaman, tanya penunggang motosikal cara yang betul untuk membonceng. Kadangkala disebabkan aksesori tambahan seperti kotak barang akan menyukarkan pembonceng untuk naik ke motor. Pastikan pembonceng turun dahulu sebelum penunggang selepas motosikal berhenti.

2. Duduk rapat dan peluk pinggang penunggang

 

Anda disarankan untuk letakkan diri sebagai penunggang aktif kedua. Selain itu, anda juga disarankan untuk memeluk sekitar pinggang penunggang hingga dua tangan saling bertemu jika boleh. Memegang di bahagian besi belakang motor adalah sangat tidak dicadangkan. Ini akan menjejaskan kestabilan motosikal dan pengendalian penunggang. Jika penunggang mempunyai perut buncit menyebabkan anda tidak dapat memeluknya dengan betul, anda boleh rapatkan kaki atau peha ke pinggang penunggang supaya dapat mengikuti rentak tunggangan dengan baik.

3. Jangan duduk secara sisi

 

Biasanya kes ini berlaku di kalangan perempuan. Penunggang motosikal mudah hilang kestabilan semasa menuggang jika pembonceng duduk sebegini. Jika penunggang brek emergency ataupun gerakan yang mengejut, pemboceng mudah terjatuh dari motosikal.

4. Ikut gerakan badan penunggang

 

Ketika membelok, pembonceng perlu mengikut arah belokan badan penunggang. Misalnya, semasa penunggang membelok ke kiri, pembonceng juga perlu membelok ke arah kiri. 

5. Pakai suit dan kelengkapan yang sesuai

 

Biasanya hanya penunggang yang selalu lengkap dengan helmet, jaket, dan boot tetapi pembonceng hanya memakai helmet. Pembonceng tidak patut mengabaikan kelengkapan ini kerana kedua-dua pembonceng dan penunggang terdedah kepada bahaya dan berisiko kemalangan. Pembonceng juga mudah terdedah kepada kotoran jalan atau asap ekzos, termasuk bahan haba ekzos atau kenderaan lain ketika berhenti di lampu isyarat.



Ini adalah antara cara untuk membonceng motosikal dengan betul. Tip ini tidak patut diabaikan demi keselamatan anda dan semua pengguna jalan raya. Menjadi pengguna jalan raya yang berhemah adalah tanggungjawab bersama.

Sumber: ebidmotor.com


Bahan bacaan lain yang anda mungkin berminat:


 

 

Dapatkan perlindungan komprehensif dengan SOMPO Motorcycle!

Lindungi diri dan motosikal anda dengan produk komprehensif kami, SOMPO Motorcycle. Kita tidak dapat meramal kejadian yang tidak diingini seperti kerosakan motosikal, lebih-lebih lagi ketika bersama dengan orang tersayang. Dengan SOMPO Motorcycle, anda boleh menikmati perlindungan kemalangan diri sehingga RM5,000, bantuan kerosakan 24 jam tepi jalan dan khidmat tunda.

Perlindungan kemalangan diri sehingga RM5,000 untuk anda

Perlindungan kemalangan diri sehingga RM5,000 untuk anda

Bantuan kerosakan 24 jam di tepi jalan dan khidmat tunda (Sehingga 100km pergi balik)

Bantuan kerosakan 24 jam di tepi jalan dan khidmat tunda (Sehingga 100km pergi balik)

Pengecualian untuk Ekses Wajib

Pengecualian untuk Ekses Wajib

Fasal nilai dipersetujui untuk kenderaan berumur sehingga 3 tahun

Fasal nilai dipersetujui untuk kenderaan berumur sehingga 3 tahun

Tunggu apa lagi, dapatkan maklumat lanjut SOMPO Motorcycle sekarang!