Macam Mana Nak Tahu Motor Rosak Berpunca Dari Bateri Dah Kaput?

 

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan tanda-tanda bateri motosikal lemah, bateri mati dan cara naka tahu bila bateri motosikal perlu diganti.

Tanda-Tanda Bateri Weak (Lemah)

Crank Enjin Perlahan

Jika motor korang mengambil masa yang lebih lama untuk dihidupkan atau bila starter elektrik jadi perlahan, ini petanda bateri dah weak. 

 

Lampu Depan Jadi Malap

Selain itu, periksa kalau lampu depan kelihatan malap atau berkelip. Bateri mungkin tidak mempunyai kuasa yang mencukupi untuk memastikan lampu depan terang. 

 

Hakisan

Kalau korang ternampak serbuk berwarna putih di sekeliling bateri, itu menunjukkan tanda bateri sudah rosak. Hakusan boleh menyebabkan sambungan yang lemah antara bateri dan sistem elektrik motosikal. 

 

Tanda-Tanda Bateri Kong

Enjin Tidak Boleh Dihidupkan

Tanda yang paling jelas ialah enjin tidak boleh dihidupkan. Kalau korang dah pusing kunci dan dah dengar bunyik klik, tetapi enjin tak mahu crank, kemungkinan besar bateri anda sudah kong. 

 

Kegagalan sistem elektrik

Bateri yang mati boleh menyebabkan sistem elektrik gagal. Contohnya macam lampu-lampu dan isyarat belok tidak berfungsi, mentol cepat terbakar atau jon tidak berbunyi. 

 

Bateri Kembung

Kalau korang perasan bateri nampak kembung atau membonjol, ini adalah tanda bahawa bateri dah terlalu panas dan berkemungkinan boleh kong bila-bila masa sahaja. 

 

Macam Mana Nak Tahu Bateri Elok Lagi Ke Tidak? 

 

Korang boleh menggunaan multimeter untuk perika voltan bateri motosikal korang. Biasanya bateri 12V yang dicas penuh akan mengukur sekitar 12.6V antara terminal. Jadi, sekiranya voltan di bawah 12.6 volt selepas dicas, kemungkinan besar bateri perlu diganti. 

Kesimpulan

Kami percaya, tidak semua penunggang mahir membaiki motor atau mempunyai pengetahuan teknikal untuk diagnose masalah motor. Namun, masalah bateri ini mudah sahaja untuk korang detect. Semoga dengan perkongsian dapatlah membantu anda untuk melakukan pemeriksaan awal bagi mengelak kos yang lebih tinggi apabila motosikal anda terpaksa dihantar ke bengkel. 

Sumber: ebidmotor.com


Bahan bacaan lain yang anda mungkin berminat:

 

Dapatkan perlindungan komprehensif dengan SOMPO Motorcycle!

Lindungi diri dan motosikal anda dengan produk komprehensif kami, SOMPO Motorcycle. Kita tidak dapat meramal kejadian yang tidak diingini seperti kerosakan motosikal, lebih-lebih lagi ketika bersama dengan orang tersayang. Dengan SOMPO Motorcycle, anda boleh menikmati perlindungan kemalangan diri sehingga RM5,000, bantuan kerosakan 24 jam tepi jalan dan khidmat tunda. 

Perlindungan kemalangan diri untuk anda sehingga RM5,000

Perlindungan kemalangan diri untuk anda sehingga RM5,000

Bantuan kerosakan 24 jam di tepi jalan dan khidmat tunda (Sehingga 100km pergi balik)

Bantuan kerosakan 24 jam di tepi jalan dan khidmat tunda (Sehingga 100km pergi balik)

Pengecualian untuk Ekses Wajib

Pengecualian untuk Ekses Wajib

Fasal nilai dipersetujui untuk kenderaan berumur sehingga 3 tahun

Fasal nilai dipersetujui untuk kenderaan berumur sehingga 3 tahun

Tunggu apa lagi, dapatkan maklumat lanjut SOMPO Motorcycle sekarang!