5 Punca Ini Kalau Tak Jaga, Motor Boleh Kena Major Problem!

Ramai penunggang motosikal ini selalu mengabaikan penjagaan-penjagaan ini. Jika anda tak membuat penjagaan secara betul/kerap, motosikal anda akan menghadapi masalah yang serius nanti.
Pelinciran Am

Apa-apa yang bergerak pada motosikal memerlukan pelincir. Antaranya, sambungan suspensi, hendal, tongkat, alas pemijak (jika boleh digerakkan) dan skru serta nat. Jika dibiarkan lama tanpa pelinciran, pergerakan komponen tersebut boleh terganggu disebabkan pengumpulan habuk atau karat.

Tunggu apa lagi, dapatkan maklumat lanjut SOMPO Motorcycle sekarang!
Misalnya skru, walaupun tidak membabitkan pergerakan, tetapi jika dibiarkan berkarat lama, komponen itu pun boleh mereput, dan sukar ditanggalkan kecuali menggunakan bantuan alat elektronik berkuasa (power tools).
Seeloknya, sebelum pelinciran dibuat, anda perlu bersihkan kawasan tumpuan menggunakan kain pengelap atau berus gigi terpakai. Bagi tugasan pelinciran pula, anda boleh gunakan pelincir serba guna seperti WD40 yang sudah jadi pilihan popular zaman berzaman.
Sistem Brek
Kasut brek untuk brek dram dan pad brek (brek cakera) ada tempoh tertentu untuk haus, tetapi janganlah sampai dibiarkan terlalu lama pula. Alat ganti itu bergantung kepada kekerapan anda menggunakan motorsikal, dan bolehlah diperiksa sebulan sekali.
Cara Periksa:
- Pad brek (brek cakera) - Semak alur atau lekuk indikator pada pad brek. Pad baharu mempunyai alur yang dalam. Tukar pad baharu jika paras alur nampak tipis.
- Kasut brek (brek dram) - Periksa bahagian luar dram untuk indikator haus dan indikator tukar. Tekan pedal brek untuk dapatkan bacaan, sekiranya jurang atau gap antara indikator itu sangat dekat, itu bermaksud anda perlu menukar brek dram baharu.
Antara masalah brek dram yang kerap dihadapi ialah bunyi nyaring ketika motosikal bergerak. Jika brek belum haus, kemungkinan besar bunyi tersebut disebabkan debu-debu yang bersisa dalam dram atau brek dimasuki air. Bawa saja ke bengkel dan minta mekanik periksa dan cuci menggunakan semburan angin mampat.
Periksa Minyak Hitam/Enjin

Penyenggaraan minyak hitam bukan sekadar tuang dan periksa apabila tiba tempoh menukar. Lebih-lebih lagi jika anda guna pelincir sintetik dengan tempoh menukar lebih lama. Kekerapan memeriksa minyak hitam, misalnya seminggu sekali, membolehkan anda memerhati sebarang tanda bahaya yang mungkin menyebabkan kerosakan besar ke atas enjin.
Berikut antara tanda yang dapat diperhatikan:
- Warna - Jernih dan keperangan (warna asal) menunjukkan minyak masih elok. Jika hitam atau kusam sudah sampai masa ditukar baharu. Jika keputihan, ini bahaya kerana gasket kepala silinder kemungkinan bocor atau berlaku masalah besar lain!
- Aras Berubah - Jika takat minyak terlalu cepat berkurangan, itu bermakna motosikal anda ada masalah gegelang piston (antara punca utama) atau masalah injap (valve). Bawa segera ke bengkel atau pusat servis untuk diperiksa.
Jaga Rantai Pacu
Amalan ini selalu diabaikan hingga menyebabkan rantai jadi terlalu longgar dan berbunyi. Tahukah anda rantai longgar juga mampu menjejaskan prestasi motosikal?
Rantai yang kemas dan diminyakkan dapat melakukan hantaran kuasa ke roda belakang dengan lebih lancar. Malah, kekerapan menyenggara dan melincirkan rantai mampu memanjangkan jangka hayat komponen berkenaan.
Sebagai penunggang motosikal di negara tropika yang kerap mengalami hujan dan panas sepanjang tahun, anda dinasihatkan memiliki sendiri pelincir khas untuk rantai. Ingat, cuba elak menggunakan WD40 atau minyak hitam terpakai yang biasa dilakukan kebanyakan bengkel dan pemilik motosikal.
Jaga Tayar

Tayar ialah komponen utama yang menghubungkan anda dengan jalan. Namun, masih ramai penunggang meletakkan diri dalam risiko bahaya dengan menunggang motosikal tanpa tayar cukup tekanan.
Tayar yang tiada tekanan angin mencukupi bukan saja boleh cepat haus, tetapi turut menjejaskan kawalan. Motosikal akan jadi lembab untuk memecut dan tidak stabil ketika mengambil selekoh.
Jika malas ke pam minyak semata-mata untuk memerika tekanan tayar, dapatkan tolok tekanan angin yang mudah disimpan. Kini, tiada lagi alasan untuk tidak periksa tekanan angin tayar!
Berapa kerap? Anda perlu periksa angin tayar sekurang-kurangnya seminggu sekali walaupun motosikal anda hanya diparkir dalam garaj. Sila pam angin mengikut tekanan ditetapkan dalam manual penyenggaraan. Perhatikan juga keadaan bunga tayar untuk mengesan sebarang tanda kehausan atau kebocoran seperti tertusuk paku atau objek tajam.
Secara kesuluruhan, ini adalah penjagaan asas untuk motosikal anda. Untuk bahagian-bahagian yang lebih rumit, lebih baik rujuk kepada bantuan mekanik yang berkenaan.
Sumber: ebidmotor.com
Bahan bacaan lain yang anda mungkin berminat:
- Ratu Motosikal Malaysia, Pencetus Semangat Dalam Dunia Motosikal Malaysia
- Cara Membonceng yang betul!
- Mat Rempit, Bukan Fenomena Baru
- Personaliti Untuk Penunggang Kapcai, Supermoped, Superbike & Skuter.
- 5 Perkara Kecil Ini Boleh Merosakkan Tayar Motor Anda!
- Macam Mana Nak Tahu Motor Rosak Berpunca Dari Bateri Dah Kaput?
Dapatkan perlindungan komprehensif dengan SOMPO Motorcycle!
Lindungi diri dan motosikal anda dengan produk komprehensif kami, SOMPO Motorcycle. Kita tidak dapat meramal kejadian yang tidak diingini seperti kerosakan motosikal, lebih-lebih lagi ketika bersama dengan orang tersayang. Dengan SOMPO Motorcycle, anda boleh menikmati perlindungan kemalangan diri sehingga RM5,000, bantuan kerosakan 24 jam tepi jalan dan khidmat tunda.

Perlindungan kemalangan diri sehingga RM5,000 untuk anda

Bantuan kerosakan 24 jam di tepi jalan dan khidmat tunda (Sehingga 100km pergi balik)

Pengecualian untuk Ekses Wajib

Fasal nilai dipersetujui untuk kenderaan berumur sehingga 3 tahun
Dapatkan maklumat lanjut SOMPO Motorcycle sekarang!