Kantoi! Ramai Dah Kena Scam Sebab Tak Boleh Check Sendiri 5 Masalah Motor INI!

Memang serabut bila motor buat hal sebelum waktunya! Mungkin sebab terlepas waktu servis, atau komponen "wear & tear" yang dah rosak dan perlu ditukar.
Nak hantar kat bengkel tak ada masalah buat pening bila tiba-tiba pomen tunjuk masalah lain yang tak dijangka. Okay lagi.. Dapat pulak bengkel yang tak berapa pakar lepas tu korang jenis lurus ikut je apa pomen cakap haa mau luka poket korang tu nanti!
Jadi, ini antara beberapa masalah yang boleh korang kesan awal-awal untuk elakkan masalah-masalah macam kat bawah ni!
- Masalah Pada Enjin

Inilah isu yang paling menakutkan kalau terjadi. Sebabnya, kalau terkena pada waktu yang kurang sesuai, memang lobos poket dan dompet korang! Kalau tanda-tanda ini terjadi;
- Motor keluar asap putih.
- Minyak hitam berkurang
- Tersengguk-sengguk
- Enjin tak ada power
- Mileage dah lebih 75,000km!
Ini memang dah sampai masa untuk membuat servis top overhaul ataupun full overhaul! Kalau dah keluar tanda ini dan korang tak mahir bab enjin, teruslah bawa pergi ke bengkel!
Dia yang jadi isu adalah kos overhaul/top overhaul agak tinggi berbanding servis dan penukaran parts motor yang lain. Top overhaul mungkin mampu lagi tapi jangan sampai tertipu kalau tiba-tiba pomen suruh buat top / full overhaul pada perkara yang tak munasabah macam minyak bocor, motor tak boleh start walaupun korang tak kesan apa-apa masalah pun dengan motor korang!
- Masalah Pada Tayar / Suspension
Banyak kemalangan yang terjadi sebab tayar tak berfungsi dengan baik. Tayar botak, bunga tak makan dengan betul, rim kemik, dan paling hantu sekali adalah kebocoran pada tayar! Semua ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal kat tayar.
Apa masalah yang korang boleh detect?
- Kalau motor start rasa geli-geli bila melayan corner, tukar saja tayar baru. Takkan bunga dah tak ada pun masih nak kata pomen menipu kan?
- Kalau pam tak sampai 3 hari pancit balik, memang bocor dah tu..Boleh cacing kalau nak jimat kos. Periksa juga keadaan sport rim.. rim yang dah bengkok boleh jadi punca angin keluar.
- Kalau tayar tu bergerak-gerak bila digoyangkan atau handle bergegar teruk, tukar bearing yang baru!
- Handle bergoyang kedepan - kebelakang? Steering fork dah longgar!
Motor tak stabil semasa layan corner atau melantun gila bila langgar bonggol dan garisan jalan? Pergi servis fork / tukar monoshock.. Boleh jadi berlaku kebocoran atau kecalaran jadi kena periksa keadaan fork / monoshock
Tunggu apa lagi, dapatkan maklumat lanjut SOMPO Motorcycle sekarang!
- Masalah Pada Brek

Brek ni paling penting untuk menentukan peratusan hidup atau mati. Jadi korang boleh periksa;
- Cengkaman brek depan dan belakang.
- Kalau yang guna brek dram, bila dah pijak tapi motor tak perlahan pun tu maknanya nak kena tukar lining brek dia.
- Untuk disc brake, kalau tarik brek tapi tak mencengkam, buat bleeding atau tukar terus brake pad
- Kalau pijak brek dan keluar bunyi nyaring, itu bermakna lining dah senipis iman.. tukar terus lining brek korang!
- Lever brake depan longgar, banyak freeplay dan boleh ditarik habis walhal pad tebal lagi? Selak sikit getah kat lever brek dan tembak sikit WD-40 sampai lah dia keras kejung balik
Masalah Overheating

Masalah enjin panas ni boleh berlaku dalam bermacam-macam situasi. Kalau 2 stroke lain situasinya, kalau enjin 4 stroke dengan air cooled lain ceritanya, sama juga kalau motor dengan liquid cooled! Korang boleh periksa sama ada;
- Kipas radiator berpusing ke tak
- Periksa segala hos, sensor dan waterpump
- Ada sebarang leaking tak pada radiator atau Head blok
- Minyak 2T dah isi ke belum atau dah bancuh siap
Kalau dah periksa dan memang terdapat masalah, lock soalan korang tu untuk ditanya kat pomen nanti. Ye lah, dapat bengkel yang jenis tak tengok pun tapi cas macam-macam, naiya korang nanti!
- Masalah Tak Boleh Start

Ada banyak benda yang korang boleh diagnose sendiri kalau motor tak boleh nak start ni. Kalau tak nak buang duit sebab disuruhnya turunkan enjin, ini yang korang patut tahu;
- Tukar hand starter kalau korang tekan lepas tu motor macam hidup segan mati tak mahu
- Tukar starter relay bila hand starter tak mau hidup juga
- Bateri pun kena selalu periksa; lagi mudah kalau korang ada voltmeter
- Boleh jadi spark plug dan kabel spark plug dah kaput jadi motor pun tak boleh nak dihidupkan
Sumber: ebidmotor.com
Bahan bacaan lain yang anda mungkin berminat:
Dapatkan perlindungan komprehensif dengan SOMPO Motorcycle!
Lindungi diri dan motosikal anda dengan produk komprehensif kami, SOMPO Motorcycle. Kita tidak dapat meramal kejadian yang tidak diingini seperti kerosakan motosikal, lebih-lebih lagi ketika bersama dengan orang tersayang. Dengan SOMPO Motorcycle, anda boleh menikmati perlindungan kemalangan diri sehingga RM5,000, bantuan kerosakan 24 jam tepi jalan dan khidmat tunda.

Perlindungan kemalangan diri untuk anda sehingga RM5,000

Bantuan kerosakan 24 jam di tepi jalan dan khidmat tunda (Sehingga 100km pergi balik)

Pengecualian untuk Ekses Wajib
