Jangan Harap Pihak Insurans Nak Cover Kalau Berlaku 6 Situasi INI!

 

Pernah tak berada di dalam situasi yang korang memerlukan tuntutan dari pihak insurans tapi ditolak? Kalau macam tu, baik tak payah perbaharui insurans betul tak?

Janganlah serang pihak insurans kalau tuntutan insurans kena tolak sebab ada beberapa situasi yang CONFIRM tak dilindungi oleh pihak insurans meskipun korang beli insurans komprehensif sekali pun.
 


  1. Kerosakan Akibat Bawah Pengaruh Bahan Terlarang

Korang takkan boleh membuat sebarang pampasan jika didapati menunggang motosikal di bawah pengaruh dadah atau alkohol sehingga terlibat di dalam kemalangan.

Lagi malang kalau kemalangan turut membabitkan pihak ketiga sehingga mendatangkan kecederaan atau kematian, lagi lah tak ada sebarang pampasan yang akan diberikan malah korang kena tanggung sendiri segala kos guna duit sendiri.

Bukan tu je, silap-silap korang boleh didakwa dengan hukuman 3 ke 10 tahun penjara dan denda sebanyak RM8,000 sehingga RM20,000 di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


  1. Tuntutan Palsu Dan Melampau

“Habis calar kot motosikal aku sebab eksiden tadi. Ah, dah alang-alang, baik report rosak teruk je!”

Untuk setiap tuntutan insurans yang dihantar, pihak insurans akan siasat dulu ikut apa yang dituntut sebelum mengesahkan segala kerosakan itu sama ketidak macam yang diterangkan didalam tuntutan. Jumlah ganti rugi yang dituntut sepatutnya sama dengan tahap kerosakan kenderaan dan disokong oleh laporan polis yang sah.
 

Kalau kantoi yang korang sengaja menambah-nambah jumlah tuntutan, claim tersebut mungkin akan ditolak.
Jika pihak insurans terpaksa juga membuat bayaran bagi sebarang tuntutan kepada pihak ketiga, maka syarikat insurans juga berhak untuk menuntut kembali jumlah yang telah dibayar!


  1. Penggunaan Motosikal Untuk Berlumba / Aktiviti Haram

Syarikat insurans tidak akan memberi perlindungan jika korang menggunakan atau mengizinkan penunggang lain untuk menggunakan motosikal korang dengan tujuan:

  • Berlatih atau mengambil bahagian dalam mana-mana acara sukan bermotor, pertandingan rali, ujian ketahanan (endurance) atau ujian kelajuan;
  • Di mana-mana litar perlumbaan

Selain itu, kalau motosikal korang digunakan untuk berlumba, berhimpun atau menyertai beberapa aktiviti yang menyalahi undang-undang, Syarikat insurans tetap takkan memberikan perlindungan.

Tapi lain cerita kalau korang add on perlindungan tambahan bagi tujuan ujian atau pertandingan, maka korang akan dilindungi dalam situasi itu.


Tunggu apa lagi, dapatkan maklumat lanjut SOMPO Motorcycle sekarang!


  1. Penggunaan Motosikal Luar Dari Malaysia

Pihak insurans takkan melayan terhadap sebarang tuntutan yang timbul semasa motosikal korang digunakan atau ditunggang luar dari Malaysia.

Tapi ada juga sesetengah syarikat insurans yang meluaskan liputan perlindungan sehingga ke negara-negara lain macam Singapura, ataupun Brunei. Asalkan korang boleh bayar ongkosnya saja!


  1. Motosikal ditunggang selain dari penunggang yang dibenarkan

Biasakan kalau kita bagi kawan, pasangan atau adik beradik pinjam motor kan? Dia jadi masalah kalau motor yang terlibat dalam kemalangan hanya dilindungi plan insurans "Single Rider".

Polisi insurans motosikal ‘Single Rider’ ni takkan bayar ganti rugi untuk kerosakan yang dilakukan oleh penunggang yang tak termasuk dalam polisi tu.

Tapi korang masih boleh add on pakej "All Riders" dimana motosikal korang akan sentiasa dilindungi tak kisahlah siapa pun yang tunggang.
 


  1. Aksesori Atau Bahagian Motor Yang Kena Curi

Bayangkan korang bangun pagi dan sedar-sedar tayar motor kena rembat. Konfem korang akan call ejen insurans untuk report kejadian tersebut, kutlah boleh dapat ganti rugi.

Tapi sayang, cerita dia memang TAK DAPAT lah apa yang korang hajatkan. Sebab, polisi insurans motosikal biasanya tak melindungi kecurian bahagian atau aksesori motosikal, melainkan keseluruhan motosikal tersebut lesap sekali atau korang dah membuat perjanjian khas dengan pihak insurans sebelum terjadinya kes kecurian tersebut.


Pihak insurans memainkan peranan penting dalam melindungi anda dari risiko kewangan akibat kemalangan atau kerugian. Namun, sebagai pemilik motosikal yang bertanggungjawab, anda juga perlu memahami batasan polisi dan mengelakkan situasi yang jelas tidak dilindungi.

Sumber: ebidmotor.com
 

Bahan bacaan lain yang anda mungkin berminat:


 

Dapatkan perlindungan komprehensif dengan SOMPO Motorcycle!

Lindungi diri dan motosikal anda dengan produk komprehensif kami, SOMPO Motorcycle. Kita tidak dapat meramal kejadian yang tidak diingini seperti kerosakan motosikal, lebih-lebih lagi ketika bersama dengan orang tersayang. Dengan SOMPO Motorcycle, anda boleh menikmati perlindungan kemalangan diri sehingga RM5,000, bantuan kerosakan 24 jam tepi jalan dan khidmat tunda. 

Perlindungan kemalangan diri untuk anda sehingga RM5,000

Perlindungan kemalangan diri untuk anda sehingga RM5,000

Bantuan kerosakan 24 jam di tepi jalan dan khidmat tunda (Sehingga 100km pergi balik)

Bantuan kerosakan 24 jam di tepi jalan dan khidmat tunda (Sehingga 100km pergi balik)

Pengecualian untuk Ekses Wajib

Pengecualian untuk Ekses Wajib

Fasal nilai dipersetujui untuk kenderaan berumur sehingga 3 tahun

Fasal nilai dipersetujui untuk kenderaan berumur sehingga 3 tahun

Dapatkan maklumat lanjut SOMPO Motorcycle sekarang!