Berjaya Sompo Kembali Gegarkan Litar Sepang!

 

 

Berjaya Sompo Pacu Adrenalin! Penaja Rasmi Siri Perlumbaan Yamaha R15M Race Elites 2025-2026

Para peminat jentera dua roda, bersiap sedia! Litar Sepang bakal bergegar sekali lagi! Berjaya Sompo Insurance dengan penuh semangat menjadi penaja rasmi untuk kategori berprestij, Yamaha R15M Race Elites, dalam kerangka Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) bagi musim 2025-2026. Ini bukan sekadar penajaan, tetapi manifestasi komitmen kami untuk menyuntik semangat dan memperkasakan generasi pelumba akan datang. Dijamin, setiap selekoh bakal menjanjikan aksi penuh debaran!

MSBK 2025 telah memulakan saingannya pada Mei lalu, dengan empat pusingan yang akan menguji kehebatan para pelumba di Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC). Kategori Yamaha R15M Race Elites menyediakan platform terbaik untuk transisi pelumba muda dari jentera kapcai ke jentera dua roda yang lebih besar menerusi Yamaha R15M 155cc yang direka khusus untuk litar. Inilah landasan untuk mengasah kemahiran mereka sebelum melangkah ke persada Asia dan dunia!

 


KENAPA PENAJAAN INI PENTING?

Berjaya Sompo bukan sekadar menyalurkan dana, tetapi turut melabur dalam masa depan sukan permotoran Malaysia. Realitinya, kadar kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang motosikal masih tinggi. Atas faktor ini, Berjaya Sompo komited dalam mempromosi program keselamatan jalan raya dan menggalakkan penunggangan motosikal yang berhemah melalui kempen "Ride Safe with Berjaya Sompo". 

Justeru itu, penglibatan dalam MSBK, terutamanya dalam kategori pembangunan bakat seperti R15M Race Elites, Berjaya Sompo berhasrat untuk melahirkan generasi pelumba yang bukan sahaja pantas di litar, tetapi juga berdisiplin dan bertanggungjawab di jalan raya.

Berjaya Sompo amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada nadi kategori perlumbaan Yamaha R15M Race Elites. Ini merupakan peluang keemasan untuk melahirkan bakat-bakat baharu, sambil menekankan kepentingan keselamatan dan latihan profesional dalam persekitaran yang terkawal dan selamat untuk mereka mengasah potensi sebenar.

 


AYUH GEGARKAN LITAR SEPANG!

Peminat sukan permotoran pastinya tidak sabar untuk menyaksikan aksi hebat daripada barisan pelumba muda Berjaya Sompo Yamaha R15M Race Elites! MSBK terus menjadi platform pertempuran yang signifikan untuk bakat tempatan. Dengan penyertaan antarabangsa yang semakin meningkat, kejohanan ini kian mendapat perhatian dunia. Penajaan oleh Berjaya Sompo merupakan satu langkah strategik yang bakal memacu lagi kemajuan sukan permotoran negara.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana pelumba Berjaya Sompo Yamaha R15M Race Elites beraksi di litar! Bersedialah untuk deruman enjin, aksi potong-memotong yang mendebarkan, dan semangat kesukanan yang membara sepanjang musim MSBK 2025! Inilah masanya untuk kita bersama-sama menyaksikan nama Malaysia melonjak di persada sukan permotoran dunia.

 


Bahan bacaan lain yang anda mungkin berminat:

Dapatkan perlindungan komprehensif dengan SOMPO Motorcycle!

Lindungi diri dan motosikal anda dengan produk komprehensif kami, SOMPO Motorcycle. Kita tidak dapat meramal kejadian yang tidak diingini seperti kerosakan motosikal, lebih-lebih lagi ketika bersama dengan orang tersayang. Dengan SOMPO Motorcycle, anda boleh menikmati perlindungan kemalangan diri sehingga RM5,000, bantuan kerosakan 24 jam tepi jalan dan khidmat tunda. 

Perlindungan kemalangan diri untuk anda sehingga RM5,000

Perlindungan kemalangan diri untuk anda sehingga RM5,000

Bantuan kerosakan 24 jam di tepi jalan dan khidmat tunda (Sehingga 100km pergi balik)

Bantuan kerosakan 24 jam di tepi jalan dan khidmat tunda (Sehingga 100km pergi balik)

Pengecualian untuk Ekses Wajib

Pengecualian untuk Ekses Wajib

Fasal nilai dipersetujui untuk kenderaan berumur sehingga 3 tahun

Fasal nilai dipersetujui untuk kenderaan berumur sehingga 3 tahun

Dapatkan maklumat lanjut SOMPO Motorcycle sekarang!