Nak Jalan Jauh? 10 Checklist Ini Dah Periksa Ke Belum?

1. Tukar Minyak Hitam
Nak berjalan jauh ni, servis minyak hitam adalah perkara yang paling kritikal bagi menentukan prestasi enjin tu bagus atau tidak. Selalunya, kesan minyak enjin ni boleh terasa bila nak menukar gear, suhu enjin dan masa tengah bergerak, kelancaran enjin untuk maintain kelajuan dan kuasa pickup motor. Elakkan guna kelikatan yang rendah untuk perjalan jarak jauh!
Alang - alang dah tukar minyak hitam, tukar lah sekali Oil Filter tu. Kalau motor yang tak ada oil filter, periksa lah pula oil strainer motor korang tu. Fuel filter pun kalau ada masa, servis la juga!
2. Servis CVT Sistem
Untuk skuter, elemen ini paling penting untuk memastikan perjalanan korang lebih lancar! Periksa adakah dah sampai masa untuk tukar belting korang tu. Kalau dah keluar bunyi tikus memang tunggu masa nak terputus lah tu! Kemudian servis sekali minyak gearbox dan periksa juga keadaan roller korang tu baik atau tidak. Kalau elemen-elemen ini dah diperiksa, korang dah tak perlu risau apa lagi dah!
3. Periksa Tayar
Tak susah pun nak tahu tayar motor korang tu selamat lagi untuk digunakan atau tidak. Kalau tayar tak haus, tak bengkak, tak makan sebelah saja atau tak botak tengah, maksudnya tayar boleh lagi diguna pakai. Yang paling penting, tekanan angin kena betul dan ambil tahu juga keadaan bearing tayar. Kalau motor senang melilau, keluar bunyi ketak-ketak dan bergegar bila tayar digoncang, itu maknananya bearing pun dah kaput menanti barai je gais!
4. Periksa Kesemua Jenis Lampu
Sebelum perjalanan, kalau boleh periksa satu persatu kesemua jenis nyalaan elektrik yang ada pada motor macam lampu depan & belakang, lampu signal, lampu kecemasan dan sebagainya. Kalau dah terbakar, jangan malas untuk menggantikannya!
Kalau nak balik malam dan tak yakin dengan nyalaan lampu sedia ada, pasang lampu yang lebih terang umpamanya lampu LED untuk lampu depan!

Tunggu apa lagi, dapatkan maklumat lanjut SOMPO Motorcycle sekarang!
5. Periksa Bateri
Jangan lupa juga beri perhatian kepada hayat bateri korang tu. Bukan sahaja bateri, ECU, CDI, magnet, Tensioner atau apa-apa sahaja yang melibatkan penghidupan motor perlu diperiksa
Jangan lupa periksa segala mak nenek sensor dan wiring yang ada. Nak lagi korang pulang ke kampung dengan motosikal daily atau yang dah lama tersadai, semua benda-benda ini berisiko untuk kaput tau!
6. Uji Sproket & Rantai
Selain dari perkara-perkara kat atas, set rantai dan sproket juga memainkan peranan yang penting gais! Sebelum bergerak balik ke kampung, pastikan rantai tak terlampau tegang mahupun kendur sangat. Kalau kendur, pun boleh jadi ianya disebabkan dari monoshock korang yang dah boleh mantul lagi! Sproket kalau tajam sangat boleh terputus rantai motor korang nanti! Jadi, bila kerap sangat nak kena adjust tu, maknanya dah sampai masa untuk tukar rantai dan sproket.
7. Servis Coolant
Nak jalan jauh pada musim panas ni, eloklah periksa sekali kandungan cecair didalam tangki reserve mahupun didalam radiator itu sendiri. Kalau dah lama tak berusik, buat lah flushing dan periksa sebarang kebocoran sebelum berlakunya fenomena teh tarik! (EO dah bercampur dengan coolant). Selain itu, gunalah coolant atau bancuh sikit dengan air mineral ikut nisbah yang korang rasa betul. Kipas radiator pun jangan diabaikan!
8. Periksa Kondisi brek
Jangan lupa untuk peka dengan kondisi brek korang. Periksa lining dan caliper sama ada dalam keadaan yang mencengkam ataupun tidak. Kalau motor korang menggunakan disc, periksa keadaan disc dan juga minyak brake dalam master pump. Kalau dah kong tu top up jelah!
9. Tools Kena Lengkap
Kalau-kalaulah motor korang tersadai tepi jalan, tool-tools perlu ada pada motor korang! Pemutar skru, cacing, spanar, playar, pembuka plug dan alatan tambahan lain mungkin boleh jadi sangat membantu tau! Ada kes, pandai repair motor tapi tools pula tak cukup haa jenuh!
Pastikan juga korang menyediakan kelengkapan lain seperti baju hujan, power bank, kit cacing untuk kegunaan kecemasan! Oh ya, pastikan korang pakai kasut, serta pakaian yang sesuai apabila menunggang motosikal nanti! Semoga selamat berhari raya gais!
10. Insurans Motosikal & Insurans Perjalanan
Kedua-dua insurans ni cover benda yang berbeza. Insurans motosikal cover motor korang, manakala insurans perjalanan cover kemalangan diri dan masalah perjalanan korang kalau ada kemalangan. Untuk lebih perlindungan, korang boleh consider ambil insurans perjalanan, terutama sekali kalau nak balik kampung atau pergi perjalanan jauh.
Untuk info lanjut:
Insurans Motosikal, Insurans Perjalanan
Sumber: ebidmotor
Bahan bacaan lain yang anda mungkin berminat:
- 5 Punca Ini Kalau Tak Jaga, Motor Boleh Kena Major Problem!
- Cara Membonceng yang betul!
- Ratu Motosikal Malaysia, Pencetus Semangat Dalam Dunia Motosikal Malaysia
- Personaliti Untuk Penunggang Kapcai, Supermoped, Superbike & Skuter!
- 5 Perkara Kecil Ini Boleh Merosakkan Tayar Motor Anda!
Dapatkan perlindungan komprehensif dengan SOMPO Motorcycle!
Lindungi diri dan motosikal anda dengan produk komprehensif kami, SOMPO Motorcycle. Kita tidak dapat meramal kejadian yang tidak diingini seperti kerosakan motosikal, lebih-lebih lagi ketika bersama dengan orang tersayang. Dengan SOMPO Motorcycle, anda boleh menikmati perlindungan kemalangan diri sehingga RM5,000, bantuan kerosakan 24 jam tepi jalan dan khidmat tunda.

Perlindungan kemalangan diri untuk anda sehingga RM5,000

Bantuan kerosakan 24 jam di tepi jalan dan khidmat tunda (Sehingga 100km pergi balik)

Pengecualian untuk Ekses Wajib
