Ramai Takut Beli Skuter Sebab Tak Tahu 5 Rahsia Ini!



Ramai masih dimomokkan dengan kesusahan nak membela skuter. Tapi, lepas dah tahu 5 RAHSIA ini, CONFIRM anda jadi yakin untuk membela skuter!


1. Tukar belting pada setiap 10,000km pertama

Ramai yang suka tunggu belting sampai terputus atau lajak sehingga 20,000km baru nak servis. Pesanan min, tukar belting awal-awal dalam setiap 10,000km dan hantar sekali servis CVT.

Rajin-rajinkan diri untuk tengok condition belting bagi memastikan dia tak terlalu kendur/ketat ataupun dah crack. Tanda dia nak putus senang je, keluarbunyi macam tikus pada crankcase enjin.


2. Penjagaan Roller

Untuk roller, dia sebenarnya paling cepat haus tapi bergantung kepada penunggang juga. Kalau motor sering dipulas pada RPM tinggi maka roller akancepat haus lah dan jika sebaliknya, roller boleh bertahan lama.

Ia perlu dibersihkan dan di letakkan grease sekurang-kurangnya sebulan sekali bergantung kepada jarak dan cara penunggangan anda.


3. Minyak gear

Sebagaimana anda meminyakkan rantai pada kapcai, sifir yang sama perlu digunakan pada skuter. Sebab, sistem transmisi skuter ni bekerja dalam suhu geseran yang terlampau tinggi sebab itulah perlunya minyak gear bagi melancarkan pergerakkan gigi-gigi gear.

Jadi, setiap 2 kali tukar minyak enjin, tukarlah sekali minyak gear atau setiap 5000 km tapi maksimum 10,000 km. Jangan tuang sampai melimpah sangat atau dia takkan ada geseran nanti!


4. Minyak hitam

Sama juga ceritanya, apa-apa motor pun akan rosak jika tak dijaga pelincirannya. Untuk skuter, pastikan minyak enjin atau minyak hitam ada labelskuter atau automatik atau CVT setiap 2,500km - 4,500km.

Berbeza dengan kapcai, sistem transmisi skuter diasingkan dari sistem enjin jadi minyak hitam skutercuma melindungi komponen enjin sahaja.


5. Bateri

Kebanyakan skuter terkini menggunakan teknologi keyless ataupun datang dengan pelbagai equipment yang memerlukan penggunaan bateri. Bergantung kepada kualiti, tukarlah bateri setiap 1 ke 2 tahun sekali. Kalau dalam tahun ketiga masih boleh digunakan, standby saja modal untuk membeli bateribaru.

 

Sumber: ebidmotor.com
 


Bahan bacaan lain yang anda mungkin berminat:

 

Dapatkan perlindungan komprehensif dengan SOMPO Motorcycle!

Lindungi diri dan motosikal anda dengan produk komprehensif kami, SOMPO Motorcycle. Kita tidak dapat meramal kejadian yang tidak diingini seperti kerosakan motosikal, lebih-lebih lagi ketika bersama dengan orang tersayang. Dengan SOMPO Motorcycle, anda boleh menikmati perlindungan kemalangan diri sehingga RM5,000, bantuan kerosakan 24 jam tepi jalan dan khidmat tunda. 

Perlindungan kemalangan diri untuk anda sehingga RM5,000

Perlindungan kemalangan diri untuk anda sehingga RM5,000

Bantuan kerosakan 24 jam di tepi jalan dan khidmat tunda (Sehingga 100km pergi balik)

Bantuan kerosakan 24 jam di tepi jalan dan khidmat tunda (Sehingga 100km pergi balik)

Pengecualian untuk Ekses Wajib

Pengecualian untuk Ekses Wajib

Fasal nilai dipersetujui untuk kenderaan berumur sehingga 3 tahun

Fasal nilai dipersetujui untuk kenderaan berumur sehingga 3 tahun

Dapatkan maklumat lanjut SOMPO Motorcycle sekarang!

 

Dapatkan Sebut Harga Insurans Motosikal