Motor Ada Masalah Overheating? Ini Puncanya Ramai Tak Tahu!

 

Enjin panas melampau (overheating) bukan benda kecil—kalau dibiarkan, boleh rosakkan motor dengan teruk. Selalunya masalah ini jadi sebab sistem penyejukan tak dijaga betul-betul.

Tidak rajin jaga dari awal adalah antara punca utama enjin cepat panas termasuklah:


1. Kekurangan Minyak Hitam (Engine Oil)
Minyak hitam berfungsi melincirkan komponen dalaman enjin dan menyerap haba. Minyak tidak mencukupi atau terlalu lama tidak ditukar akan menyebabkan geseran berlebihan dan enjin cepat panas. Jadi, sentiasa tukar minyak hitam mengikut jadual.


2. Minyak Hitam Berkualiti Rendah atau Tidak Sesuai
Penggunaan minyak pelincir yang tidak sesuai dengan spesifikasi enjin menyebabkan pelinciran tidak sempurna dan haba terkumpul.


3. Radiator atau Sistem Penyejukan Tersumbat (Untuk Motosikal Berair (Ada Radiator)
Radiator yang kotor atau bocor menghalang aliran cecair penyejuk (coolant). Kipas radiator yang rosak juga gagal menyejukkan enjin. Jadi, pastikan system penyejukan berfungsi dengan baik.


4. Penapis Udara (Air Filter) Tersumbat
Penapis udara yang kotor atau tersumbat menyebabkan aliran udara ke enjin berkurang. Ini mengganggu pembakaran bahan api dan menyebabkan enjin bekerja lebih keras. Jadi, bersihkan penapis udara secara berkala.


5. Karburetor atau Fuel Injector Kotor
Karburetor atau injector yang tersumbat menyebabkan campuran bahan api dan udara tidak seimbang, memaksa enjin bekerja lebih kuat dan menghasilkan lebih banyak haba.


6. Penalaan (Tuning) Tidak Tepat
Penalaan enjin yang tidak sesuai, seperti timing enjin terlalu awal atau lewat, menyebabkan pembakaran tidak sempurna dan enjin cepat panas.


7. Sistem Ekzos Tersumbat
Sistem ekzos yang kotor, berkarat, atau tersumbat akan menghalang pengaliran gas buangan untuk keluar dengan lancar. Halangan ini menyebabkan gas terbakar terkumpul di dalam ruang pembakaran, seterusnya meningkatkan tekanan dan suhu operasi enjin dengan mendadak.


8. Penggunaan Bahan Api Berkualiti Rendah
Minyak petrol yang berkualiti rendah atau bercampur bahan asing boleh menyebabkan pembakaran tidak sempurna dan menghasilkan haba berlebihan. Jadi, pastikan anda menggunakan bahan api dan minyak pelincir berkualiti tinggi.


9. Gaya Penunggangan Agresif
Menunggang dalam kelajuan tinggi secara berterusan atau menekan throttle secara mendadak memaksa enjin bekerja lebih keras.


10. Komponen Enjin Haus atau Rosak
Komponen dalaman seperti piston, valve, atau gasket yang rosak boleh mengganggu prestasi enjin dan menyebabkan overheat.


11. Udara Terperangkap dalam Sistem Penyejukan
Untuk motosikal berair (sistem water cooled), udara yang terperangkap dalam sistem radiator boleh menghalang aliran coolant dan menyebabkan kawasan enjin tertentu tidak dapat disejukkan dengan baik.


12. Beban Berlebihan
Membawa beban yang terlalu berat atau menunggang di kawasan berbukit secara berterusan juga boleh menyebabkan enjin cepat panas jika system penyejukan tidak mencukupi.


Jika enjin panas secara berterusan, sebaiknya bawa motosikal ke bengkel untuk pemeriksaan lebih lanjut.

 

Sumber: ebidmotor.com
 


Bahan bacaan lain yang anda mungkin berminat:

Dapatkan perlindungan komprehensif dengan SOMPO Motorcycle!

Lindungi diri dan motosikal anda dengan produk komprehensif kami, SOMPO Motorcycle. Kita tidak dapat meramal kejadian yang tidak diingini seperti kerosakan motosikal, lebih-lebih lagi ketika bersama dengan orang tersayang. Dengan SOMPO Motorcycle, anda boleh menikmati perlindungan kemalangan diri sehingga RM5,000, bantuan kerosakan 24 jam tepi jalan dan khidmat tunda. 

Perlindungan kemalangan diri untuk anda sehingga RM5,000

Perlindungan kemalangan diri untuk anda sehingga RM5,000

Bantuan kerosakan 24 jam di tepi jalan dan khidmat tunda (Sehingga 100km pergi balik)

Bantuan kerosakan 24 jam di tepi jalan dan khidmat tunda (Sehingga 100km pergi balik)

Pengecualian untuk Ekses Wajib

Pengecualian untuk Ekses Wajib

Fasal nilai dipersetujui untuk kenderaan berumur sehingga 3 tahun

Fasal nilai dipersetujui untuk kenderaan berumur sehingga 3 tahun

Dapatkan maklumat lanjut SOMPO Motorcycle sekarang!