Bantuan Banjir, Perlindungan & Tuntutan

Dengan keadaan cuaca yang semakin tidak menentu, keperluan untuk bersedia menjadi lebih penting bagi memastikan kami dapat menawarkan bantuan secukupnya pada saat yang paling kritikal. Halaman ini berfungsi sebagai sumber rujukan serba lengkap untuk bantuan berkaitan banjir, yang direka untuk menyediakan maklumat yang anda perlukan apabila banjir berlaku.
Apa maksud SHIELD?
Kami memahami kesukaran untuk berfikir dengan jelas sewaktu kecemasan, oleh itu kami telah menyediakan persediaan banjir ini lebih mudah untuk diingati dengan SHIELD.
- S - Secure important documents in waterproof bags (Simpan dokumen penting dalam beg kalis air)
- H - Harness essentials in your emergency kit (Sediakan barangan penting dalam kit kecemasan anda)
- I - Inform yourself about evacuation routes (Ketahui laluan evakuasi)
- E - Elevate valuables and electronics to higher ground (Letak barang berharga dan peralatan elektronik di kawasan lebih tinggi)
- L - Listen to weather updates (Dengar kemas kini cuaca)
- D - Drive safely and avoid flooded areas (Memandu dengan selamat dan elakkan kawasan banjir)
Terkandas dalam banjir? Kekal tenang dan utamakan keselamatan
Jika anda terkandas dalam banjir, kekal tenang dan fokus kepada keselamatan. Di rumah, tutup suis utama untuk mengelakkan litar pintas dan berpindah ke tempat yang lebih tinggi jika terdapat serpihan terapung. Jika air banjir naik di sekitar kereta anda, tinggalkan kenderaan dan pindah ke tempat selamat jika boleh. Jangan sekali-kali memandu ke kawasan banjir, kerana kereta dan motosikal boleh dihanyutkan arus. Anda boleh menghubungi talian kecemasan 24 jam berikut dan memuat turun aplikasi penting MySOMPO untuk membantu anda semasa banjir.

Talian Tuntutan Kerugian Akibat Banjir 24 Jam
Hubungi 1800-18-8010 untuk membuat laporan tuntutan berkaitan kerugian akibat banjir (untuk polisi Bukan Motor)

Talian Bantuan Rakan Auto 24 Jam
Hubungi 1800-18-8033 untuk perkhidmatan kerosakan kereta dan servis tunda (Kenderaan Persendirian dan Komersial)

Talian Bantuan Auto Motosikal 24 Jam
Hubungi 1300-88-2323 untuk perkhidmatan kerosakan motosikal dan servis tunda
Soalan Lazim
Apa yang perlu saya lakukan sebelum banjir kilat?
Sebelum banjir kilat berlaku, persediaan awal adalah sangat penting. Berikut adalah perkara yang perlu anda lakukan:

- Dapatkan Maklumat Terkini:
- Pantau ramalan cuaca dan amaran banjir melalui sumber yang boleh dipercayai seperti pihak berkuasa tempatan atau aplikasi cuaca.
- Ketahui kawasan yang mudah banjir di sekitar anda dan kenalpasti tahap risiko anda.
- Sediakan Pelan Kecemasan:
- Ketahui laluan paling selamat ke kawasan tinggi atau pusat pemindahan.
- Rancang cara keluarga anda berkomunikasi sekiranya terpisah.

- Sediakan Kit Kecemasan:
- Sediakan keperluan penting seperti air botol, makanan tahan lama, lampu suluh, bateri, kit pertolongan cemas, ubat-ubatan, dokumen penting, dan pengecas telefon.
- Lindungi Rumah Anda:
- Bersihkan longkang dan talang untuk memastikan air mengalir dengan lancar.
- Pindahkan barangan berharga ke tempat yang lebih tinggi dalam rumah anda.
- Tutup bekalan elektrik dan gas jika amaran banjir dikeluarkan.
- Bersedia untuk Pemindahan:
- Pastikan kenderaan anda berisi minyak dan parkir di tempat tinggi jika boleh.
Saya adalah pemegang polisi Berjaya Sompo Insurance dan ingin membuat tuntutan untuk kerosakan rumah saya.
Kami memahami betapa sukar dan mencabar untuk menghadapi kesan selepas banjir. Sepanjang bertahun-tahun, kami telah membantu ramai pelanggan untuk pulih daripada situasi yang sama, dan kami sedia membantu anda juga. Jika rumah atau barangan anda terjejas, ikuti 5 langkah mudah ini untuk mendapatkan sokongan yang anda perlukan.
Langkah 1: Dokumentasikan kerosakan
- Ambil gambar atau video yang jelas tentang kerosakan termasuk kerosakan struktur, barangan rumah, dan paras air.

(Gambar dan video ini berfungsi sebagai bukti visual tahap kerosakan pada rumah dan barangan anda. Ini amat penting jika pembaikan atau pembersihan perlu dilakukan dengan segera, kerana bukti mungkin tidak lagi kelihatan apabila penilai tiba).
- Untuk kandungan rumah yang rosak, senaraikan barangan tersebut beserta anggaran nilainya. Sertakan resit, kad jaminan, atau apa-apa bukti pembelian (fizikal atau elektronik) untuk membantu menentukan nilainya.
- Jika anda tidak mempunyai dokumen ini atau jika dokumen tersebut telah rosak, jangan risau. Kami akan membuat penilaian berdasarkan anggaran yang selaras dengan nilai pasaran semasa.
Langkah 2: Hubungi Kami untuk melaporkan tuntutan anda secepat mungkin
- Jika rumah anda terjejas akibat banjir, sila hubungi talian Tuntutan Kerugian Banjir kami di 1800-18-8010. Kami faham ini adalah masa yang mencabar, jadi bagi memudahkan proses, tiada borang tuntutan diperlukan.
- Apabila anda menghubungi kami, sila berikan maklumat berikut:
- Nama anda
- Nombor polisi anda (Jika anda tidak mempunyai akses kepada nombor polisi anda, anda boleh memberikan nombor kad pengenalan anda atau memuat turun aplikasi MySOMPO untuk mendapatkan butiran polisi)
- Nombor telefon anda
- Maklumat ini sudah mencukupi untuk kami melantik seorang penilai yang akan membantu anda sepanjang proses tuntutan. Kami komited untuk membantu anda kembali seperti sediakala dengan lancar.
Langkah 3: Lawatan pemeriksaan oleh penilai yang dilantik
- Sebaik sahaja kami menerima panggilan anda, kami akan melantik penilai untuk melawat rumah anda bagi memeriksa dan menilai kerosakan dalam tempoh 24 jam.
- Kami faham ini adalah masa yang sukar, dan kami ingin memberi jaminan bahawa penilai kami bersedia di kawasan yang terjejas akibat banjir. Mereka akan bergerak ke lokasi anda sebaik sahaja menerima laporan tuntutan anda. Sebelum lawatan, penilai akan menghubungi anda untuk mengesahkan masa yang sesuai, memastikan proses berjalan dengan lancar dan mudah.
(Penilai ialah profesional yang kami lantik untuk membantu anda menilai kerosakan pada rumah anda selepas banjir atau kejadian lain yang dilindungi insurans. Peranan mereka adalah penting untuk memastikan proses tuntutan berjalan lancar. Mereka akan menilai kerosakan dengan teliti dan menentukan jumlah bantuan untuk pembaikan atau penggantian).
Langkah 4: Dapatkan kemas kini status tuntutan anda
- Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tuntutan anda, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan kami di 1800-88-9933 atau hubungi ejen anda.
- Sebagai alternatif, anda boleh menyemak status tuntutan anda dengan mudah di sini.
Langkah 5: Terima bayaran anda dalam tempoh 24 jam
- Untuk tuntutan kurang daripada RM25,000, penilai akan mengeluarkan Letter of Acceptance (LOA) pada hari yang sama selepas lawatan mereka. Sebaik sahaja anda menyemak dan menandatangani tawaran tersebut, kami akan memastikan pembayaran diproses dan dihantar kepada anda dalam tempoh 24 jam selepas penerimaan LOA yang ditandatangani. Ini adalah untuk membantu anda pulih secepat mungkin dalam masa yang mencabar ini.
- Untuk tuntutan lebih daripada RM25,000, kami akan memberikan bayaran pendahuluan sebanyak 20% daripada jumlah yang diluluskan dalam tempoh 24 jam selepas penerimaan anda. Baki selebihnya akan disalurkan sebaik sahaja proses tuntutan lengkap, kerana masa tambahan diperlukan untuk penilaian kerosakan yang lebih teliti. Jangan risau, kami sedang berusaha secepat mungkin untuk membantu anda.
(Letter of Acceptance (LOA) ialah dokumen rasmi yang mengesahkan keputusan kami untuk meluluskan tuntutan anda. Ia menggariskan persetujuan untuk memberikan perlindungan terhadap kerosakan atau kerugian yang dilaporkan).
Kenderaan saya terjejas akibat banjir. Apa perlu saya lakukan dan bagaimana untuk lakukan tuntutan?
Kami memahami betapa berharganya kenderaan anda, dan kami sedia membantu anda setiap langkah. Untuk memudahkan proses tuntutan anda, ikuti langkah-langkah mudah berikut:
Langkah 1: Utamakan Keselamatan dan ambil gambar/video kerosakan
Sekiranya anda terperangkap dalam kenderaan dengan air yang semakin naik, kekal bertenang dan keluar segera jika keadaan selamat. Pergi ke tempat yang lebih tinggi secepat mungkin. Keselamatan anda adalah keutamaan kami. Jika keadaan mengizinkan, berikut perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu kami memberikan bantuan lebih baik:
- Lindungi kenderaan anda daripada kerosakan lanjut: Demi keselamatan anda dan untuk mengelakkan kerosakan tambahan, jangan hidupkan enjin kereta atau motosikal anda jika ia telah tenggelam dalam air.
- Dokumentasikan situasi: Ambil gambar atau video yang jelas tentang kerosakan pada kenderaan anda dan kawasan sekitarnya. Ini sangat penting untuk memudahkan proses tuntutan dan mempercepatkan penyelesaian kami.
Langkah 2: Hubungi Kami Segera

Kami faham kerisauan yang dialami apabila kenderaan anda terjejas akibat banjir, tetapi keselamatan anda adalah yang paling utama.
Sila hubungi kami dengan kadar segera supaya kami dapat membantu anda dengan pantas. Anda boleh menghubungi Rakan Auto Assist 24 jam di 1800-18-8033 untuk perkhidmatan tunda atau menggunakan aplikasi MySOMPO untuk meminta bantuan tunda ke bengkel yang diluluskan dengan cepat dan mudah. Jika anda mempunyai ejen, sila hubungi ejen anda selepas menghubungi kami. Ejen anda sentiasa bersedia membantu dengan susulan atau sokongan tambahan. Tetapi ingat, menghubungi kami dahulu adalah langkah paling penting supaya kami dapat memulakan proses tuntutan anda dan menjadikannya lebih lancar.
Langkah 3: Maklumkan kepada Kami & Serahkan Dokumen yang Diperlukan
Kami faham anda dalam situasi yang tertekan apabila kenderaan anda rosak akibat banjir, dan kami ingin memudahkan proses ini untuk anda. Untuk memastikan tuntutan anda dapat diproses dengan segera, kami telah mengecualikan keperluan laporan polis. Berikut adalah dokumen yang anda perlu sediakan untuk memulakan proses tuntutan:
- Lengkapkan borang tuntutan: Anda boleh boleh mendapatkan borang tuntutan di sini atau melalui platform e-Claim, yang boleh diakses melalui laman web kami atau aplikasi MySOMPO.
- Lampirkan dokumen berikut:
o Kad Pengenalan (IC), Sijil Pemilikan Kenderaan (Geran) dan lesen memandu anda.
o Gambar yang jelas menunjukkan situasi dan kerosakan kenderaan akibat banjir. - Untuk polisi yang menawarkan manfaat tambahan seperti Elaun Bantuan Banjir, sertakan invois pembersihan kenderaan anda bersama gambar sebelum dan selepas untuk membuat tuntutan bayaran balik.
Setelah semua dokumen lengkap, anda boleh menghantarnya melalui saluran berikut:
- Secara Atas Talian: Melalui laman web kami di sini atau aplikasi MySOMPO untuk proses yang cepat dan mudah.
- Melalui Ejen Anda: Mereka sedia membantu dan membimbing anda sepanjang proses ini.
- Melalui Bengkel yang Diluluskan: Jika kenderaan anda ditunda untuk dibaiki, bengkel akan membantu dalam proses tuntutan.
Langkah 4: Pemeriksaan dan Penilaian Kerosakan Kenderaan Anda oleh Penilai yang Dilantik
- Setelah kami menerima dokumen tuntutan yang lengkap, seorang penilai akan dilantik dalam tempoh 24 jam untuk menyemak dan menilai kerosakan kenderaan anda.
- Kami faham ini adalah masa yang mencabar. Oleh itu, kami akan mengatur penilai profesional untuk menilai kerosakan kereta atau motosikal anda dan mereka akan bekerjasama dengan bengkel yang diluluskan untuk melaksanakan pembaikan yang diperlukan secepat mungkin.
(Penilai adalah seorang profesional insurans terlatih yang bertanggungjawab menilai kerosakan pada kenderaan selepas kemalangan, banjir, atau kejadian lain. Peranan utama mereka adalah untuk memeriksa kerosakan, menentukan tahap pembaikan yang diperlukan dan menganggarkan kos pembaikan bagi memastikan tuntutan diproses dengan tepat dan adil).
Langkah 5: Kelulusan Tuntutan
- Setelah kami menerima semua dokumen yang diperlukan termasuk laporan daripada penilai, tuntutan anda akan diluluskan dalam tempoh 5 hari bekerja. Kos pembaikan akan dibayar terus kepada bengkel bagi memastikan kenderaan anda dapat digunakan semula secepat mungkin.
- Jika polisi anda termasuk manfaat tambahan seperti Elaun Bantuan Banjir, kami akan memastikan bayaran balik dibuat terus kepada anda, kerana kami faham betapa pentingnya untuk pulih dengan cepat dan lancar.
Langkah 6: Dapatkan Kemaskini Status Tuntutan Anda
- Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tuntutan anda, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1800-88-9933 atau hubungi ejen anda.
- Sebagai alternatif, anda boleh semak status tuntutan anda dengan mudah melalui aplikasi MySOMPO atau laman web kami.
Langkah 7: Pengambilan Kenderaan Anda
- Kami akan memaklumkan anda sebaik sahaja kenderaan anda siap sepenuhnya dan sedia untuk diambil.
- Semasa mengambil kenderaan, anda perlu menandatangani voucher pelepasan untuk membolehkan pembayaran kepada bengkel dilakukan.
(Voucher pelepasan ialah dokumen yang anda tandatangani untuk mengesahkan bahawa pembaikan atau perkhidmatan pada kenderaan anda telah selesai dengan memuaskan dan memberi kebenaran untuk pembayaran kepada bengkel).
Saya tidak pasti sama ada produk saya melindungi saya dari kerosakan akibat banjir, bagaimana untuk saya buat semakan?
Setiap produk kami datang dengan manfaat-manfaat yang unik dan tersendiri, termasuk perlindungan berkaitan banjir. Namun, beberapa produk mungkin memerlukan tambahan (add-on) untuk anda menikmati manfaat ini. Kami menggalakkan pemegang polisi untuk berhubung dengan ejen mereka atau rujuk kontrak polisi untuk maklumat terperinci. Sebagai alternatif, anda boleh juga rujuk bahagian Semak Sekiranya Saya Dilindungi di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk kami yang menawarkan manfaat berkaitan banjir.
Saya khuatir dengan hujan yang lebat dan banjir yang kerap berlaku. Apakah jenis produk yang anda tawarkan untuk melindungi daripada potensi kerugian kewangan?
Kami menyediakan pelbagai manfaat berkaitan banjir untuk rumah dan kenderaan, serta produk kesihatan dan kemalangan peribadi. Manfaat ini merangkumi perlindungan terhadap penyakit berkaitan banjir seperti demam denggi dan malaria, serta kemalangan yang disebabkan oleh kejadian berkaitan banjir. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Semak Sekiranya Saya Dilindungi di bawah.
Semak Sekiranya Anda Dilindungi
Adakah anda tidak pasti sama ada polisi anda dengan kami melindungi kerosakan akibat banjir? Rujuk produk dan manfaat tambahan yang disenaraikan di bawah ini untuk melindungi kerosakan yang disebabkan oleh banjir.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ejen kami yang bersedia untuk membantu anda.
Untuk pertanyaan atau bantuan lain, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1-800-88-9933, dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat), emel kami di customer@bsompo.com.my, atau mesej kami melalui Facebook @berjayasompoinsurance.
Insurans Peribadi
Perlindungan untuk Kediaman
SOMPO Home Content |
Melindungi isi rumah anda (barangan rumah dan barang peribadi) daripada kerugian atau kerosakan akibat semua risiko, termasuk banjir, tanpa penalti akibat kekurangan perlindungan. Pemegang polisi tidak perlu menghantar resit barangan apabila membuat tuntutan bagi kerosakan yang disebabkan oleh banjir. |
SOMPO HomeNOW |
Melindungi isi rumah anda (barangan rumah dan barang peribadi) daripada kerugian atau kerosakan akibat semua risiko, termasuk banjir. Pemegang polisi tidak perlu menghantar resit barangan apabila membuat tuntutan bagi kerosakan yang disebabkan oleh banjir. Terdapat had untuk barangan individu. |
Houseowner / Householder / Home Care |
Melindungi kerugian atau kerosakan kepada bangunan atau isi rumah anda akibat banjir, tetapi tidak meliputi kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penurunan tanah atau tanah runtuh, kecuali jika disebabkan oleh gempa bumi atau letusan gunung berapi. |
Nota: Mungkin terdapat produk lain yang tersedia untuk dibeli. Sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami untuk maklumat lanjut.
Perlindungan untuk Kereta
SOMPO Motor / SOMPO MotorSafe |
Perlindungan Peril Khas termasuk dalam Polisi Asas, meliputi kerugian atau kerosakan pada kenderaan anda akibat banjir, taufan, ribut, dan bencana alam lain sehingga jumlah yang diinsuranskan. Ini memberikan perlindungan sepenuhnya kepada pemegang polisi terhadap insiden ini. |
Kereta Persendirian |
Perlindungan Peril Khas (hanya untuk Perlindungan Komprehensif) dengan premium tambahan yang boleh dipilih oleh pelanggan. |
Perlindungan untuk Motosikal
SOMPO Motorcycle, Insurans Motorsikal (Perlindungan Komprehensif) |
Pilih Perlindungan Peril Khas sebagai tambahan dengan perlindungan penuh serendah RM10, termasuk banjir. |
Penghospitalan akibat Kemalangan / Penyakit
SOMPO Health |
Melindungi perbelanjaan penghospitalan & pembedahan akibat kemalangan dan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh banjir (contohnya Malaria, Cirit-birit, Tifoid, Denggi, Apendisitis, dan lain-lain) dengan pembaharuan sehingga umur 100 tahun. |
Ultima Care |
Perlindungan 24 jam di seluruh dunia bagi melindungi daripada Kematian Akibat Kemalangan atau Kecacatan Kekal Akibat Kemalangan sekiranya kejadian yang tidak diingini (contohnya banjir) menyebabkan kematian, kecederaan, atau kecacatan kekal. Dengan premium tambahan, pemegang polisi boleh dilindungi untuk rawatan akibat kemalangan. |
Ultima V3 |
Melindungi daripada Kematian atau Kecacatan Kekal Akibat Kemalangan, serta menyediakan manfaat tambahan seperti perlindungan terhadap bencana alam, kecederaan akibat pendedahan cuaca selepas kemalangan, dan gigitan serangga atau haiwan yang menyebabkan kecederaan segera. |
SOMPO Premier PA |
Pelan insurans kemalangan peribadi premium dengan perlindungan sehingga RM3.5 juta untuk kematian akibat kemalangan, kecacatan kekal, atau bencana alam. Termasuk manfaat pengebumian sehingga RM20,000 untuk kematian akibat penyakit seperti Denggi, Malaria, Ensefalitis Jepun, Zika dan Chikungunya yang sering meningkat semasa banjir. |
Produk Bankasurans (Diedarkan dan dijual oleh CIMB Bank)
Perlindungan untuk Kediaman
Home Safe Plus |
Memberikan perlindungan komprehensif untuk bangunan, isi rumah dan barangan peribadi anda. |
Secure Home |
Pelan insurans yang melindungi barangan rumah dan barangan peribadi anda daripada kerugian atau kerosakan akibat semua risiko, termasuk kebakaran, kilat, banjir, kecurian, atau kemalangan lain. |
Houseowner / Householder |
Polisi ini menyediakan perlindungan untuk bangunan anda daripada kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, letupan, banjir, paip pecah atau risiko lain yang dinyatakan dalam polisi insurans. |
Perlindungan untuk Kereta
Secure Motor |
Polisi Insurans Komprehensif Kereta Persendirian yang melindungi kerugian atau kerosakan akibat banjir, taufan, ribut dan bencana alam lain. Perlindungan Peril Khas disertakan tanpa premium tambahan (sehingga RM10,000 atau 20% daripada Jumlah Diinsuranskan). Dengan premium tambahan, anda boleh mendapatkan perlindungan penuh untuk bencana alam. |
Piagam Perkhidmatan Pelanggan
Di Berjaya Sompo Insurance Berhad, kami komited untuk memudahkan urusan insurans anda melalui maklumat yang jelas, kaedah pembayaran mudah, dan proses tuntutan tanpa kerumitan. Prinsip-prinsip ini menjadi asas kepada Piagam Perkhidmatan Pelanggan kami di Berjaya Sompo Insurance. Ketahui lebih lanjut tentang Piagam Perkhidmatan Pelanggan kami di sini.